Sep 11, 2012

robek hati?


Bismillah,

Rasulullah s.a.w telah menegaskan di dalam diri manusia ada seketul daging, di mana jika baik daging tersebut maka baiklah manusia itu. sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahatlah manusia tersebut. daging itu ialah HATI. 
RAJA
Hati umpama raja dalam diri manusia. baik rajanya, maka baiklah rakyatnya. jika baik hatinya, maka baiklah akhlak dan pemikirannya. sejurus itu, baiklah kata-kata dan perilakunya. senyumnya ikhlas untuk bersedekah,  
tangan ringan menghulur bantuan, kaki tidak menapak ke tempat yang tidak mendatangkan faedah, fikirannya positive dan bebas dari su'u zhon. pasti segala pancainderanya sentiasa non-stop berbuah kebaikan. oh,manisnya :)

namun bayangkan, jika jahat rajanya, pasti rakyatnya? sama lah juga, jika pangkalan data masuk virus, pasti segala data analisis dan folder habis punah tak berfungsi. walaupun masih boleh di buka tapi tak menunjukkan isi apa-apa. begitu juga hati. 


IKHLAS
aku dah solat, kenapa masih gelisah?
aku dah baca Quran, tapi mengapa ketenangan tak datang?
aku dah usaha belajar, kenapa masih gagal?
mengapa masih di takuk lama sedangkan aku dah berusaha menujuNya.

apa segala ibadahmu dah di set kan untuk Allah? atau hanya sekadar alat untuk meraih rezeki dan kejayaan dariNya. sama-sama muhasabah. 
Ikhlas takkan pernah hadir jika diri masih ragu-ragu dengan qadarnya. masih ragu-ragu dengan kehebatan kuasaNya. Allah Maha mengetahui segala isi hati manusia, bersihkan hati dulu kemudian sujudlah padaNya. InsyaAllah, moga Allah redha. 

ayuh !
MUJAHADAH
ya, renovate hati perlu masa, perlu usaha berlipat ganda, dan perlu ketabahan. mencari ubat untuk hati yang sakit perlu mujahadah. perit dan pahit 'ubat'  itu lumrah kerana hakikat syurga itu manis. Iman teras ketabahan hati. Iman yang percaya kepada Allah dan jalan yang menuju redhaNya akan membuahkan ketabahan yang gempak. percayalah.
jika antum sedang berjihad di jalan ini sekarang, ingatlah Allah tak pernah meninggalkan hambanya yang senantiasa berusaha untuk ingat kepadaNya. manakan tidak, dah lama Dia merindui hambanya berpaling dan mencurahkan cinta hanya untuk Dia semata. 

''Dan sesiapa yang bersungguh di jalan Kami, nescaya akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami.."
(Al-Ankabut 26:29)


today is my journey. He puts me here. Alhamdulillah :')

INGAT!
Di akhirat kelak, Allah akan ulang tayang balik segala perilaku dan lakonan kita di dunia sementara ni. Hamba yang baik, bukan setakat penganugerahan malah syurga idaman miliknya. Hamba yang sebaliknya, pasti terbongkar segala lakonannya. bukan setakat malu kepalang, malah neraka sekali dapat balasannya. Nau'zubillah.

tajam kata-katanya -.-'

''Kata orang, kalau sakit kita boleh pergi klinik. namun, masalah sakit hati tak wujud solusinya ada 'klinik hati',  walaupun sebenarnya ia ada. cuma, kita harus mencari di mana sahaja medan dan 'klinik' yang mampu menyembuhkan hati itu dengan santapan ubat"


Ya Allah,
kurniakan kepadaku HATI yang..
BERSIH ..
Firman Allah, maksudnya "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih dan bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)" (Al-Syams 19:9)
LURUS ..
Firman Allah, maksudnya "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" (Al-Imran 3:8)

dan Kau peliharalah daku dari hati yang..
TERHIJAB.. 
Firman Allah, maksudnya " Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu Al-Quran, padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka yang menghalang mereka dari memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat"(Al-An'am 6:25)
Aamiin. Allahumma Aamiin.
:')

islah nafsik, wad'u ghairak.

No comments:

Post a Comment