Jun 28, 2013

Senyumlah pada 'pelukan'Nya :)


Bismillah,


AlhamduliLlah thumma AlhamduliLlah. 
Sedang menikmati fatrah pasca exam final yang amat menenangkan dan menggembirakan :D . teringat bezanya perasaan ketika dalam fatrah terpilih diuji Allah hari tu. Tahun ni tahun madrasah, belajar banyak 'subjek-subjek' untuk persediaan menjadi hamba yang lagi cemerlang kelak, InsyaAllah.
tapi sungguh, ujian Allah hanyalah petanda 'pelukan' dariNya. beruntunglah golongan yang menghadapinya, terasa hangat pelukan. dan rugilah golongan yang hanya memandang sakit kuatnya pelukan itu. 
hari ni terbaca post fb Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, terus teringat post yang sangat saya tanam dalam diri. maka, ter-abadi lah dua-dua disini. sebab, sepastinya yang tertulis itu lebih diingati. InsyaAllah mohon redhaNya.

Ujian itu tarbiah. 

Ujian itu madrasah. 
Ujian melenturkan hati yang keras. 
pandang dengan kaca mata cinta, pasti kan temui hikmah menggunung. 
DIA tak pernah membebankan hamba diluar kemampuan. 
bahkan tak pernah meninggalkan hamba dgn urusan. 
cuba mendekat kpdNya. bina jambatan hati dgnNya.
kenal diri. kenal Pencipta, Allah Azza Wa Jalla. 
cari hikmah. capai himmah diri. 
faham erti hidup dan kehidupan. 
apa erti mati dan kematian. 
Andai ujian lagi mendekatkan diri kpd Allah, lagi baik pilih bersedia dengan ujian.
Sahabat nabi, Ubay Bin Ka'ab sendiri pilih utk demam sepanjang hidupnya. Allah :')

lebih baik hati keras dari keras hati. lebih baik sedar diri dari terus hanyut. 

"Dan apabila hamba2 Ku brtanya tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan org yg berdoa kpd Ku. HENDAKlah mereka MEMENUHI permintaanKu dan BERIMAN kpdKu, agar mereka memperoleh KEBENARAN" (Al-Baqarah:186)




by, Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man (Official)

Wahai anakku,

Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang 
kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka 
bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari 
orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis 
dengan masalah yang engkau hadapi.

Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan 
masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa 
menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa 
tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai 
anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada 
dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu 
perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi 
menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi 
menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan 
hubungan dengan Allah yang mampu 
mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan 
yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi 
menjadikan kamu murung, bersedih dan 
bersendirian?

Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana 
manusia. Berapa kali kamu menangis kerana 
kamu melanggar perintah Tuhanmu? Berapa 
banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu? 
Kamu rasa lemah menghadapi karenah manusia, 
tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan 
membina kekuatan amalanmu.

Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu, 
sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai 
oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu 
murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya 
jiwamu. Sedangkan di hadapanmu menanti hari 
yang sangat besar. Kamu nanti tiada masa 
memikirkan masalah remeh-temeh ini, kerana 
dahsyatnya saat akhirat yang kamu akan tempuhi.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda: "Sekiranya kamu 
ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata 
'Kalaulah aku lakukan begitu dan begini', tetapi 
katakanlah ?telah ditakdirkan Allah?, apa yang 
dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan 
?kalau? akan membuka ruang syaitan ke dalam 
hatimu."

Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia 
ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi 
semakin matang menghadapi cabaran. 
Bersabarlah dengan apa yang menimpamu, 
kerana dengan mehnah itu, Allah akan 
mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa-
dosamu. 

Wahai anakku, tangisilah dosa-dosamu 
di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu 
dari menangisi azab Tuhanmu di akhirat.

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu. 



bina jambatan hati dgnNya !


Islah nafsik, wad'u ghairak.



p/s : hari ni main kemas kemas rumah prepare untuk nak tinggal 2 bulan. sedang dok asyik kemas ke situ sini, tak terperasan ada ahli bait tinggalkan buku atas kotak yang dok kemas. baiknya, dia nak berkongsi buku baru beli^^  tersenyum kejap, thanks ya! :) 4 days more. will be at Malaysia soon!^^