Feb 5, 2012

mereka cerminan saya


Bismillah,

lepas je habis menghadap tadi, baru je on the way nak shutdown-kn laptop tiba2 handset bunyi, dapat mesej dari seorang sahabat..

 [kesimpulan mesej je ye :) ]
"dulu,sesuatu yang saya sangat tak suka,tapi apabila saya tau sahabat yang sangat saya sayang suka, lama-lama hadir sikit-sikit perasaan sukakan sesuatu itu"

dah lama tak update dengan dia.terharu dapat mesej tu, terus saya balas tanda menghargai.terima kasih sahabat,terima kasih Ya Allah!


.:when you think a drop of rain is so small, a word of sms is more than enough in a friendship:.

ni mesej lain dari dia;

Semailah rindu itu..
Bersama benih-benih ketaqwaan.
pasti yang akan lahir,
adalah sebuah pohon cinta yang mengujakan.

Aku dan kamu..sama.
Namun,
disisi Tuhan..kita mungkin berbeza.
Mungkin jua dari pandangan lain, kamu biasa. 
tapi dari sudut lain jua,
kamu luar biasa.

Pasti aku yakin,
Rindu dan Cinta itu kan terus bercambah keranaNya..
Dek kerana empunya diri yang menyemai itu,
mulia di sisi Tuhan Yang Maha Esa.


ini pula pesanan dari sahabat saya yang lain;


"whoever seeks the pleasure of Allah at the risk of displeasing people,
 Allah will take care of him. 
but, 
whoever seeks the the pleasure of people at the risk of displeasing Allah, 
Allah will abondon him to the care of people."


terima kasih sahabat.jom sama2 ambil ibrah !



Ukhuwah itu manis. Ukhuwah itu indah. Ukhuwah itu melapangkan jiwa.

Ukhuwah itu sangat manis bila teori saling memahami dan melengkapi kita aplikasi.
Ukhuwah itu indah andai ketika suka duka mahupun menempuh onak duri masih tetap utuh di sisi.
Ukhuwah itu melapangkan jiwa bila ranjau hidup dilalui di tongkat bantu olehnya.lagi melapangkan jiwa bila punya masalah kita dah tak risau mana nak tuju untuk minta dibantu:).





Rasulullah s.a.w. juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar dengan sabdanya:
“Semoga Allah merahmatimu!
Engkau adalah sahabatku!
Engkau telah membenarkan ketika orang lain mendustakanku...
Engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku...
Engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku...
Engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah...
Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu...”








sebijik je gambar.


---> buat kamu dan teman seperjuangan lain: terima kasih hadir dalam hidup saya.saya pohon maaf segalanya.moga kita terus kukuh berukhwah hingga ke syurga dan moga antunna terus thabat dijalanNya^^