Oct 2, 2013

Bertopeng dua?

Bismillah,


PEMIMPIN yang sama, tapi beza komunikasi rakan sekerja dan orang bawahan.

GURU yang sama, tapi beza layanan antara pelajar top exam dan yang datang bertanya soalan tak faham faham sudah.

PENJUAL yang sama, tapi beza layanan antara pelanggan berblazer dan t-shirt biasa.

DAI'E yang sama, tapi beza pandangannya antara mad'u lain background.

KAWAN yang sama, tapi beza cakapnya antara dua teman.

HATI yang sama, tapi beza akhlaknya dalam dan luar rumah.

HAMBA yang sama, tapi beza ibadahnya di hadapan orang dan ketika bersendirian.

Sedangkan ALLAH memandang hambaNya sama, yang membezakan taraf adalah taqwa.






Aslih nafsak, wad'u ghairak.

Sep 29, 2013

Fitrah berkasih sayang.

Bismillah,

Masuk pagar sekolah terus intai bawah pokok tepi kantin.
" Alhamdulillah takde orang, cepat park sana, yes! "

Sampai awal 5 minit.
Sambil tunggu, nampak kumpulan bebudak tadika. Menunggu ibu ayah datang barangkali.

Sorang lari-lari main pusing meja.
Sorang lagi sakat-sakat guna tangan.
Yang lain, tukang gelak. Meriah.

Lepas beberapa round lari, terus pergi sinki.
Datang balik dalam keadaan basah kuyup kepala. Penat lari mungkin.
Kawan tukang gelak tadi pusing cari beg, hulur sapu tangan bagi budak tadi. Gamam tengok.
Yang tukang sakat duduk, kongsi air bungkusan di tangan tadi dengan kawan lain.Tersengih.

Kecil-kecil pun dah ada fitrah nilai kasih sayang dalam diri.
Terus teringat saudara muslim sekarang.
Teringat saudara di Mesir, Syria, Palestin, Rohingya, dan semua.

Sebak.
Apa dah hilangkah fitrah tu yang sepatutnya ada dalam diri ni?
Yang sepatutnya ada dalam diri semua muslim sekarang?
Atau kami masih tak mencapai tahap bersaudara di sisi Islam? Sedih dengan diri.

Bunyi pintu dibuka. Adik darjah 2 masuk ke isi perut kereta.

" Jom kita balik! "

Tarik handbreak kereta, toleh sekilas kanak-kanak tadi.

" Adik-adik, moga kasih sayang itu terus utuh. Terus membesar dengan nilai 'emas' itu ye, Aamin "


" Perumpamaan orang Islam yang saling mengasihi dan mencintai satu sama lain, adalah ibarat satu tubuh badan. Jika salah satu anggota merasa sakit, maka seluruh tubuh akan sakit " 
- Hadith Bukhori -

" Sesungguhnya orang-orang mu'min itu adalah bersaudara " (Al-Hujurat:10)



Aslih nafsak, wad'u ghairak.


Jul 26, 2013

Jangan bazir Ramadhan anda !

Bismillah.

" Tetapi kita bimbang, kita senang dunia..tetapi fakir akhirat. ini yang saya takut "

" Ramdhan mari dalam keadaan kita sihat! tetapi kesihatan itu tidak diguna untuk beribadat kepada Allah Azza Wa Jalla "



" Kesihatan yang kita ada ini kita masih lagi menggunakannya untuk pergi ke sana ke sini 
mundar mandir

berjalan kesana ke sini
pasar pagi
pasar ramadhan

habis semua tempat kita pergi
tapi rumah rumah Allah Ta'ala jadi sakit lutut untuk sampai ke sana "


" Ini yang menakutkan kita! "

" Allah Subhanahu wa Ta'ala beri buka lorong seluas luasnya,
kalu lebuhrya, lebuhraya 4 line dibuka depan kita
pecut nak pecut takat mana, saman ekor sudah tidak ada "


" Tiba-tiba orang lain lari 140 km/j
ada yang 160km/j

terbalik meter pon ada "

" Kita ni lari 60, 70km/j "

" gedebek gedebek tepi jalan.

apa sebab? orang tanya "

" eh, dia kata plug terbakar"

" tayar tak betul "



" enjin tak tahan "

" Ini dikatakan bahawa, disaat syaitan tidak ada, jangan kita tunjuk sayalah ganti
disaat syaitan dibelenggu jangan kita tunjuk, ini kalu nak kenal syaitan "



" Allah Subhanahu wa Ta'ala buka lorong seluas luasnya la'allakum tataquun "

" orang lain berlumba lumba ke masjid

5 waktu solat dimasjid

tadarus Al-Quran! "

" Tiba tiba kita dok tunggu tepi jalan
dok tunggu di stesen bas lagi

main tudung botol di bulan Ramadhan "

" Inilah orang yang keretanya plugnya KOTOR, minyak silindernya HITAM ! "




Moga ada manfaatnya.


Aslih nafsak,wad'u ghairak.

Sebaik baik peringatan.

Bismillah,

Hari ni dah 17 Ramadhan 1434H. Salam Nuzul Quran untuk semua :)

Alhamdulillah. 

Alhamdulillah Allah masih memberi nikmat nyawa, kita dah sampai lebih dari separuh Ramadhan. 

Dah nak habis fasa ke 2, fasa maghfiroh. 

Bulan yang sepatutnya menjadi medan seorang hamba membekalkan 'kekuatan' untuk 11 bulan akan datang. 

Jom tinggalkan yang lagha, dan mula fokuskan pada yang utama. Masih belum terlambat, jangan risau. 

Rahmat dan keampunan Allah sangat luas.

 Kita yang pilih, nak lalui Ramadhan tahun ni dengan biasa atau luar biasa. 

Nak Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun tahun lepas atau sama je. 

Bulan Sya'aban lepas, ramai kenalan keluarga dan sahabat yang meninggal. mereka tak sempat nak merasa RAHMAT, MAGHFIROH dan ITQUN MINAN NAR. 

Kita, seluas luasnya pintu Allah buka pon buat taktahu.

 Bak kata Ustaz Abdul Basit, kalau lebuhraya, lebuhraya 4 line tu! luasnya, nak pecut pon pecut lah takde polis trafik nak saman. 



"1) Demi masa. 
2) Sesungguhnya manusia dalam kerugian. 
3)Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. " 
(Al-Asr)

" Sebaik baik peringatan ialah mati "



nah, hadiah hari nuzul Quran :)


"!وكفى بالموت موعظا"

Aslih nafsak, wad'u ghairak.

Jun 28, 2013

Senyumlah pada 'pelukan'Nya :)


Bismillah,


AlhamduliLlah thumma AlhamduliLlah. 
Sedang menikmati fatrah pasca exam final yang amat menenangkan dan menggembirakan :D . teringat bezanya perasaan ketika dalam fatrah terpilih diuji Allah hari tu. Tahun ni tahun madrasah, belajar banyak 'subjek-subjek' untuk persediaan menjadi hamba yang lagi cemerlang kelak, InsyaAllah.
tapi sungguh, ujian Allah hanyalah petanda 'pelukan' dariNya. beruntunglah golongan yang menghadapinya, terasa hangat pelukan. dan rugilah golongan yang hanya memandang sakit kuatnya pelukan itu. 
hari ni terbaca post fb Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, terus teringat post yang sangat saya tanam dalam diri. maka, ter-abadi lah dua-dua disini. sebab, sepastinya yang tertulis itu lebih diingati. InsyaAllah mohon redhaNya.

Ujian itu tarbiah. 

Ujian itu madrasah. 
Ujian melenturkan hati yang keras. 
pandang dengan kaca mata cinta, pasti kan temui hikmah menggunung. 
DIA tak pernah membebankan hamba diluar kemampuan. 
bahkan tak pernah meninggalkan hamba dgn urusan. 
cuba mendekat kpdNya. bina jambatan hati dgnNya.
kenal diri. kenal Pencipta, Allah Azza Wa Jalla. 
cari hikmah. capai himmah diri. 
faham erti hidup dan kehidupan. 
apa erti mati dan kematian. 
Andai ujian lagi mendekatkan diri kpd Allah, lagi baik pilih bersedia dengan ujian.
Sahabat nabi, Ubay Bin Ka'ab sendiri pilih utk demam sepanjang hidupnya. Allah :')

lebih baik hati keras dari keras hati. lebih baik sedar diri dari terus hanyut. 

"Dan apabila hamba2 Ku brtanya tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan org yg berdoa kpd Ku. HENDAKlah mereka MEMENUHI permintaanKu dan BERIMAN kpdKu, agar mereka memperoleh KEBENARAN" (Al-Baqarah:186)




by, Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man (Official)

Wahai anakku,

Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang 
kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka 
bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari 
orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis 
dengan masalah yang engkau hadapi.

Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan 
masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa 
menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa 
tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai 
anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada 
dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu 
perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi 
menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi 
menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan 
hubungan dengan Allah yang mampu 
mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan 
yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi 
menjadikan kamu murung, bersedih dan 
bersendirian?

Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana 
manusia. Berapa kali kamu menangis kerana 
kamu melanggar perintah Tuhanmu? Berapa 
banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu? 
Kamu rasa lemah menghadapi karenah manusia, 
tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan 
membina kekuatan amalanmu.

Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu, 
sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai 
oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu 
murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya 
jiwamu. Sedangkan di hadapanmu menanti hari 
yang sangat besar. Kamu nanti tiada masa 
memikirkan masalah remeh-temeh ini, kerana 
dahsyatnya saat akhirat yang kamu akan tempuhi.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda: "Sekiranya kamu 
ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata 
'Kalaulah aku lakukan begitu dan begini', tetapi 
katakanlah ?telah ditakdirkan Allah?, apa yang 
dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan 
?kalau? akan membuka ruang syaitan ke dalam 
hatimu."

Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia 
ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi 
semakin matang menghadapi cabaran. 
Bersabarlah dengan apa yang menimpamu, 
kerana dengan mehnah itu, Allah akan 
mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa-
dosamu. 

Wahai anakku, tangisilah dosa-dosamu 
di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu 
dari menangisi azab Tuhanmu di akhirat.

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu. 



bina jambatan hati dgnNya !


Islah nafsik, wad'u ghairak.



p/s : hari ni main kemas kemas rumah prepare untuk nak tinggal 2 bulan. sedang dok asyik kemas ke situ sini, tak terperasan ada ahli bait tinggalkan buku atas kotak yang dok kemas. baiknya, dia nak berkongsi buku baru beli^^  tersenyum kejap, thanks ya! :) 4 days more. will be at Malaysia soon!^^ 

May 1, 2013

Ini pemerintahan kita. Demokrasi.

Bismillah,

Wahai kamu,

kami bukan nak mengagungkan kemenangan dan menjatuhkan pihak lain
tapi hanya nak pimpinan yang adil dan saksama.

kami bukannya betul belaka
tapi kami pasti ghayah kami ialah untuk Allah semata.

kami bukan nak kaut habis area sini sana
tapi mereka itu juga rakyat yang dah lama mendambakan tertunainya hak mereka.

kamu, kami ;
kita semua insan biasa
kadang terpesong
dan kadang terlupa
ayuh koreksi diri, mengapa sebenarnya mereka bangkit di luar sana?


Kami akan terus melangkah,
tanpa ragu dan tanpa lelah
jangan halang kami dengan fitnah

jangan halang kami dengan timbulnya masalah
semua itu hanyalah kecil bila kami mengutamakan BESARnya ALLAH!

Kami tetap akan terus malangkah
Ini cara pemerintahan kita. Demokrasi.


moga ini kali-lah Ya Rabb!

#Aku juga insan biasa. tapi jom tunjukkan jiddiyyah dan kesungguhan luar biasa.
Allah melihat usaha kita. dan moga membuka mata mereka-mereka.



Oh ye, hari ni Hari Pekerja :) !

Islah nafsik, wad'u ghairak.

Feb 4, 2013

Pesanan Syeikh Ahmad Yassin

Bismillah,


:: Orang HEBAT idola para syuhada' ::

HEBAT!
Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin merupakan salah seorang pengasas pertubuhan Palestin HAMAS pada tahun 1987. Beliau seorang HEBAT, walaupun lumpuh dan berkerusi roda tapi masih diangkat menjadi amir pertama Hamas dan menjadi pemimpin kerohanian bagi pejuang-pejuang Palestin.
putera gahara gagah perkasa
Sheikh Ahmed Yassin syahid di Gaza City pada hari Isnin, 22 Mac 2004 dihentam 3 buah roket helikopter Apache tentera Israel sejurus Allahyarham keluar selepas menunaikan Solat Subuh berjemaah di masjid dekat rumahnya.
Dan diberitahu isterinya, Hajjah Ummu Muhammad bahawa, hari-hari terakhir suaminya sudah dirasai oleh Sheikh Yassin sendiri. 

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman,"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang mati; bahkan mereka itu orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya"
 (al-Baqarah: 154)

Allah~




IBRAH
Hebat. Beliau seorang yang hebat. Dalam apa jua keadaan pun, setelah selesai solat berjemaah beliau akan membaca Al-Quran dengan dibantu menyelak lembaran mushaf oleh anaknya. Menurut diceritakan oleh anaknya, suatu hari dia tertidur ketika ayahnya sedang membaca Al-Quran. Dan ketika tersedar, didapati ayahnya masih membaca dengan menyelak Al-Quran menggunakan lidah dan giginya. 

SubhanAllah !



5 PESANAN SYEIKH AHMAD YASIN KEPADA PEMUDA DAN PEMUDI

Wahai anak-anakku, 
telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.


Aku menyeru kalian wahai anak-anakku,
 untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda,
 aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku,
 aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.


Beliau berjuang untuk menegakkan Islam. Dah setinggi mana 'perjuangan' kita membantu Islam dengan segala kelengkapan tentera usaha, kita berjuang menembak doa? Ingatlah sahabat, doa senjata mu'min. Mereka sangat memerlukan doa dari kita.


Jangan penat, terus panjatkan doa dan qunut nazilah untuk saudara-saudara kita di sana. tolonglah. 


islah nafsik, wad'u ghairak.