Jul 13, 2012

tiang saja tak dipanggil rumah!

Bismillah,

Kelmarin mengikuti Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan Di Timur Tengah kali ke-3 '12 (SPEKTRUM). Tertarik dengan slot ke-4 bersama dengan YB Dato' Hj Nassuruddin B. Daud, perkongsian pengalamnnya menarik!


terbaik!

"Kenapa nak susah-susah laksanakan Hukum Hudud sedangkan ianya tak termaktub pun dalam rukun-rukun Islam?tak buat pun tak pe."

"Ooh, macam tu ye?
jadi mesti kau ni tak kahwin kan..sebab kahwin tak masuk pun dalam rukun Islam."

"gulp."

Rukun Islam :
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Mendirikan solat lima waktu
  3. Menunaikan zakat
  4. Berpuasa di bulan Ramadhan
  5. Menunaikan haji jika mampu

Rukun ni seperti tiang. Tiadanya rumah tanpa tiang, tapi tak bermakna dah siap tiang dipanggil sebagai rumah. Satu rumah yang lengkap menggabungkan tiang sebagai asas dan ruang-ruang compartment untuk melengkapkan fungsi. Begitu juga Islam sebagai Ad-Deen. Belum dipanggil lengkap menganuti agama Islam jika hanya sekadar melakukan rukun yang asas sahaja, itu belum cakap pasal segolongan yang rukun pun belum tentu buat semua lagi.

Ada ke, bila dah siap tiang rumah, kita panggil budak-budak datang.
"Anak-anak, mai la tengok..banglo pakcik dah siap."

"Pakcik, tiang saja ini bukan banglo..ini tolol !"
(gelak besar dewan,haha)



gambar slot ke-3. time ni pon HOT jugak!

siapa kata balik lambat mesia tak best? Best pee :)


aslih nafsik,wad'u ghairak.

Jul 4, 2012

nisfu sya'aban !

Bismillah,


Maghrib ni-15 Sya'aban 1433 H.
esok dah nisfu sya'ban bermakna ada 15 days left for Ramadhan ! malam ni merupakan malam kedua termulia selepas malam lailatul Qadr dimana malam ni segala buku amalan dosa pahala kita perbuat akan ditutup dan diangkat, dan diganti dengan buku amalan baru.

jom mulakan buku amalan baru dengan iltizam dan semangat yang baru.InsyaAllah, biiznillah moga buku amalan tahun depan lebih baik dari tahun ni dan moga buku amaln tahun ni lebih baik dari tahun lepas. semangat, usaha dan banyakkan berdoa :)

jangan lupa perbanyakkan amalan sunat di malam penuh barakah ni ! 



"Allah memandang kepada semua makhluk-Nya pada Malam Nisfu Sya'ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan." 

(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Tabrani dan Ibnu Hibban


jom bersihkan titik-titik hitam dalam hati !

berdebar rasanya. berdebar, adakah buku amalanku diterima oleh Al-Khaliq? 

aslih nafsik, wad'u ghairak.