Jul 13, 2012

tiang saja tak dipanggil rumah!

Bismillah,

Kelmarin mengikuti Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan Di Timur Tengah kali ke-3 '12 (SPEKTRUM). Tertarik dengan slot ke-4 bersama dengan YB Dato' Hj Nassuruddin B. Daud, perkongsian pengalamnnya menarik!


terbaik!

"Kenapa nak susah-susah laksanakan Hukum Hudud sedangkan ianya tak termaktub pun dalam rukun-rukun Islam?tak buat pun tak pe."

"Ooh, macam tu ye?
jadi mesti kau ni tak kahwin kan..sebab kahwin tak masuk pun dalam rukun Islam."

"gulp."

Rukun Islam :
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Mendirikan solat lima waktu
  3. Menunaikan zakat
  4. Berpuasa di bulan Ramadhan
  5. Menunaikan haji jika mampu

Rukun ni seperti tiang. Tiadanya rumah tanpa tiang, tapi tak bermakna dah siap tiang dipanggil sebagai rumah. Satu rumah yang lengkap menggabungkan tiang sebagai asas dan ruang-ruang compartment untuk melengkapkan fungsi. Begitu juga Islam sebagai Ad-Deen. Belum dipanggil lengkap menganuti agama Islam jika hanya sekadar melakukan rukun yang asas sahaja, itu belum cakap pasal segolongan yang rukun pun belum tentu buat semua lagi.

Ada ke, bila dah siap tiang rumah, kita panggil budak-budak datang.
"Anak-anak, mai la tengok..banglo pakcik dah siap."

"Pakcik, tiang saja ini bukan banglo..ini tolol !"
(gelak besar dewan,haha)



gambar slot ke-3. time ni pon HOT jugak!

siapa kata balik lambat mesia tak best? Best pee :)


aslih nafsik,wad'u ghairak.

No comments:

Post a Comment