Nov 23, 2012

Osemnye Jumaat !

Bismillah,

Jum'ah barakah !

Alhamdulillah ,thuma alhamdulillah kita masih di beri nikmat dan peluang untuk bertemu penghulu segala hari; JUMAAT


Malam sebelumnya, 
luangkan sedikit waktu untuk baca surah Kahfi.  disabdakan oleh Baginda cahaya menyinari di akhirat kelak. oh, yosh!

Dari Ibnu Umar r.a berkata;
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah ke langit tinggi meneranginya pada hari kiamat dan dia akan diberi keampunan di antara dua Jumaat

Hari siangnya, 
-bangun qiamullail, even if 2 rakaat solat tahajud pon okey~
-pohon keampunan dan muhasabah selepas subuh
-memperbanyakkan selawat sepanjang hari
-bersedekah dan banyakkan senyum =) cheers !
-banyakkan membaca Al-Quran dan mendengar majlis ilmu
-kawal emosi
-positif dalam dan alirkan tenaga positif ke sekeliling^^

Sebelum Maghrib,
berdoalah agar diterima segala ibadah dan ditemukan lagi dengan penghulu segala hari ni. moga Allah redha segala amalan kita. Aamiin. 


Antara 6 kelebihan hari jumaat ;
1. Hari berlakunya qiamat

2. Nabi Adam diciptakan dan hari baginda di singkirkan dari syurga
3. Penghulu segala hari
4. Selamat dari fitnah kubur bagi hamba yang meninggal pada hari Jumaat.
5. Kebaikan melimpah dari memotong kuku
6. Makbul doanya di antara dua khutbah Jumaat



Dan,
lagi berbakul-bakul tambah ke-osem-nya Jumaat kali ni,

hari ni 9 Muharram 1434 H.

hari ni, hari Tasu'a.

esok, 10 Muharram 1434 H.
esok, hari Asyura' ! 


Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a katanya,
Rasulullah s.a.w ditanya orang tentang puasa pada hari Arafah( 9 Zulhijjah), jawab baginda; "Dapat menghapus dosa tahun lalu dan tahun akan datang". Kemudian,Nabi ditanya pula tentang puasa pada hari Asyura' (10 Muharram). jawab baginda; "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu" (HR Muslim)


Imam Syafie Rahimahullahu Ta'ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', 
disunatkan berpuasa tiga hari iaitu ke-9 (Tasu'a), ke-10(Asyura') dan ke-11 bulan Muharram. tetapi, tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Moga Allah ampuni dosa kita, jom puasa !


selit-menyelit : jadual Mid Term dah release. perlu upgrade software semangat dan usaha baru boleh nak advance-kan lagi natijahnya. T.T 
adik2 SPM juga masih berjuang. adik di rumah dan tak lupa yg kat sekolah. keep up semangat, ya^^ . doakan saya dan kita semua. 


islah nafsik, wad'u ghairak.