Sep 26, 2012

Aku hanya aku.


Bismillah,



Aku insan biasa. 

mengakui diri penuh kekurangan, penuh kelemahan. 
namun aku punya citai-cita, untuk menjadi yang berfaedah kepada sekitarnya.
kepada keluarga, sahabat, masyarakat dan negara.
aku akan berusaha, dan terus berusaha.
yosh ! 


Kalau kamu dekati aku kerana apa yang ada pada diriku, 
Kamu akan menyesal suatu hari mendapati kekurangan yang banyak pada diriku. 

Kalau kamu dekati aku kerana mengharapkan aku memberi perhatian padamu, 
Kamu akan menyesal suatu hari nanti melihat aku mengabaikanmu.

Kalau kamu dekati aku kerana rupa, harta atau kedudukan yang ada padaku, 

Kamu akan menyesal suatu hari nanti melihat semua itu semakin pudar dariku.


Aku adalah aku.
Siapa yang mendekati aku kerana mengharapkan sesuatu dariku, ketahuilah aku tidak mampu memberi suatu apapun pada kalian. Kerna apa yang aku miliki tidaklah ada pun satu yang aku miliki melainkan semuanya adalah anugerah Tuhanku.
Siapa yang mendekati aku kerana mengharapkan redha dari Tuhan, aku pasti dia akan beroleh kebahagiaan yang lebih besar. Lebih besar daripada ia perlu merasa dekat dengan aku.

Kerna aku ini bukanlah orang yang sentiasa dekat, tetapi selalu jauh dari Tuhanku. Tinggal lagi aku sedang berusaha.


Dan aku akan terus berusaha.  

cc : akhi Afdholul Rahman CA of LangitIllahi. 


mungkin aku insan biasa, namun ku berusaha untuk memberi apa yang ada.
dan sentiasa disisimu forever, even for thousands years later :)

Smiling at others, forgiving them.
Restraining the anger, spreading the greetings of peace.
Praying for those in distress, and treating them kindly.
Feeding the poor, uploading the ties of kindship.
-Youthroute


hari ni, bakal memulakan jihad. doakan aku sahabat semua! 


selit-menyelit : hari ni habiskan buku yang k4 wishlist summer holiday ni. thank you to @dijah sebab tolong belikan salah satu buku hot tahun lepas. nanti kalu ada hok baru, tolong lagi lah ye^^ 



islah nafsik, wad'u ghairak.

Sep 20, 2012

trust Him.

Bismillah,

We plan, but Allah is The Best Planners.

yosh !

Allah’s Plans:

Some things are beyond planning. Life doesn’t always turn out as planned.
You don’t plan for a broken heart.
You don’t plan for an autistic child.
You don’t plan to be single forever.
You don’t plan for a lump in your breast. Or a disease. Or broken bones.

You plan to be young forever. You plan to climb the corporate ladder.
You plan to be rich and powerful. You plan to be acclaimed and successful.
You plan to conquer the universe. You plan to fall in love - and be loved forever.
You don’t plan to be sad. You don’t plan to be shattered. You don’t plan to be hurt. You don’t plan to be broke. You don’t plan to be betrayed. You don’t plan to be alone in this world.

Sometimes, if you work hard enough, you can get what you want. But MOST times, what you want and what you get are two different things.

We, mortals, plan. But so does Allah in the heavens. Sometimes, it is difficult to understand Allah’s plans, especially when His plans are not in consonance with ours. Often, when He sends us crisis, we turn to Him in anger.

True, we cannot choose what Allah wishes us to carry, but we can carry it with courage knowing that He will never abandon us nor send something we cannot cope with.

Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul.
Sometimes, He breaks our heart to make us whole.
Sometimes, He allows pain so we can be stronger.
Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble.
Sometimes, He allows illness so we can take better care of ourselves.
And sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything He gave us.

Make plans, but understand that we live only by Allah’s grace, His Fadhal(favour) and His Rahma (mercy)..

di copy paste-kan >.<


Wamakaru wamakara Allah, wa Allahu khairul maakiriin.
( Al-Imran 3 : verse 54 )
And they planned, God planned, and God is The Best of Planners.


wayamkuruu na wayamkuru Llahu wa Allahu khairul maakiriin
( Al-Anfal : verse 30 )

.
.
.
.
cheers ! 
=)

Sep 11, 2012

robek hati?


Bismillah,

Rasulullah s.a.w telah menegaskan di dalam diri manusia ada seketul daging, di mana jika baik daging tersebut maka baiklah manusia itu. sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahatlah manusia tersebut. daging itu ialah HATI. 
RAJA
Hati umpama raja dalam diri manusia. baik rajanya, maka baiklah rakyatnya. jika baik hatinya, maka baiklah akhlak dan pemikirannya. sejurus itu, baiklah kata-kata dan perilakunya. senyumnya ikhlas untuk bersedekah,  
tangan ringan menghulur bantuan, kaki tidak menapak ke tempat yang tidak mendatangkan faedah, fikirannya positive dan bebas dari su'u zhon. pasti segala pancainderanya sentiasa non-stop berbuah kebaikan. oh,manisnya :)

namun bayangkan, jika jahat rajanya, pasti rakyatnya? sama lah juga, jika pangkalan data masuk virus, pasti segala data analisis dan folder habis punah tak berfungsi. walaupun masih boleh di buka tapi tak menunjukkan isi apa-apa. begitu juga hati. 


IKHLAS
aku dah solat, kenapa masih gelisah?
aku dah baca Quran, tapi mengapa ketenangan tak datang?
aku dah usaha belajar, kenapa masih gagal?
mengapa masih di takuk lama sedangkan aku dah berusaha menujuNya.

apa segala ibadahmu dah di set kan untuk Allah? atau hanya sekadar alat untuk meraih rezeki dan kejayaan dariNya. sama-sama muhasabah. 
Ikhlas takkan pernah hadir jika diri masih ragu-ragu dengan qadarnya. masih ragu-ragu dengan kehebatan kuasaNya. Allah Maha mengetahui segala isi hati manusia, bersihkan hati dulu kemudian sujudlah padaNya. InsyaAllah, moga Allah redha. 

ayuh !
MUJAHADAH
ya, renovate hati perlu masa, perlu usaha berlipat ganda, dan perlu ketabahan. mencari ubat untuk hati yang sakit perlu mujahadah. perit dan pahit 'ubat'  itu lumrah kerana hakikat syurga itu manis. Iman teras ketabahan hati. Iman yang percaya kepada Allah dan jalan yang menuju redhaNya akan membuahkan ketabahan yang gempak. percayalah.
jika antum sedang berjihad di jalan ini sekarang, ingatlah Allah tak pernah meninggalkan hambanya yang senantiasa berusaha untuk ingat kepadaNya. manakan tidak, dah lama Dia merindui hambanya berpaling dan mencurahkan cinta hanya untuk Dia semata. 

''Dan sesiapa yang bersungguh di jalan Kami, nescaya akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami.."
(Al-Ankabut 26:29)


today is my journey. He puts me here. Alhamdulillah :')

INGAT!
Di akhirat kelak, Allah akan ulang tayang balik segala perilaku dan lakonan kita di dunia sementara ni. Hamba yang baik, bukan setakat penganugerahan malah syurga idaman miliknya. Hamba yang sebaliknya, pasti terbongkar segala lakonannya. bukan setakat malu kepalang, malah neraka sekali dapat balasannya. Nau'zubillah.

tajam kata-katanya -.-'

''Kata orang, kalau sakit kita boleh pergi klinik. namun, masalah sakit hati tak wujud solusinya ada 'klinik hati',  walaupun sebenarnya ia ada. cuma, kita harus mencari di mana sahaja medan dan 'klinik' yang mampu menyembuhkan hati itu dengan santapan ubat"


Ya Allah,
kurniakan kepadaku HATI yang..
BERSIH ..
Firman Allah, maksudnya "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih dan bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)" (Al-Syams 19:9)
LURUS ..
Firman Allah, maksudnya "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" (Al-Imran 3:8)

dan Kau peliharalah daku dari hati yang..
TERHIJAB.. 
Firman Allah, maksudnya " Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu Al-Quran, padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka yang menghalang mereka dari memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat"(Al-An'am 6:25)
Aamiin. Allahumma Aamiin.
:')

islah nafsik, wad'u ghairak.

Sep 5, 2012

percikan WARNAmu :)


Bismillah,


''Teman-teman akrab pada hari akhirat itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa''
(Az-Zukhruf : ayat 67)

mereka istimewa !
mereka punya warna karakter tersendiri. beza warna mereka lah yang melengkapi pelangi dan hidup saya jadik warna-warni cenggini :)

Mereka Si kuning
ceria dan gelak bersahaja. dengan mereka, hidup terasa bahagia.

Mereka Si merah
selalu cool je. mereka mengajar saya menghadapi masalah dengan berani dan tabah.

Mereka Si biru.
 sering membantu dan menyenangkan. adanya mereka, masalah besar pun rasa aman. 

Mereka Si oren.
 memahami dan bertoleransi. mendampingi mereka membuat saya yakin pada diri. merekalah selalu di sisi.

Mereka si hitam
tampak ego tapi ramah mesra. mereka ada, rasa dunia saya yang punya.

Mereka Si hijau
kreatif dengan gaya tersendiri. masa terluang, ada je projek yang kami bakal isi.

Mereka Si pink
bersendiri dan berdikari. merekalah yang menyebarkan tempias untuk belajar bergantung pada diri sendiri. 

merekalah PELANGI saya^.^

whatever colours are you. you still special.
yes,

always will be.


ukhuwwah itu satu tarbiyyah.
tanpa mereka kita mungkin rebah, dengannya kita terus tabah. sekali terpaut, ayuh, teruslah kita berpaut!

InsyaAllah, sama sama membina bond ukhuwwah yang berlapikkan dakwah dan berkaca matakan kasih sayang. InsyaAllahu tawakkalna. Aamiin. moga Allah redha.


Terus jalinkan ukhuwwah, raikan mereka.
tapi dengan syarat, selagi jantina kita dan dia masih lagi sama :) 

Sep 3, 2012

Ahlan ke Mesir^^

Bismillah,


   Tinggal baki beberapa minggu lagi sebelum sambung jihad perjuangan di medan ilmu. Teringat setahun yang lepas, saat dan waktu yang sama ketika mana menunggu masa untuk berlepas juga hanya tinggal beberapa minggu seperti ini, perasaan gundah bercampur baur dah sama level dengan orang first time nak naik tanah suci. eh? hoho.

gembira dan takut !

gembira, sebab dah terlampau lama bertapa tahap dewa di rumah tak buat ape-ape sedangkan sahabat lain dah memulakan perjalanan di haluan pilihan masing-masing.

takut, sebab nak ke negara orang dan terpaksa nak ke tidak berhadapan dengan situasi dan cabaran baru.

tapi, takleh nak nafi bagi adik-adik baru yang bakal berlepas, anda excited gembira dari takut kan? hee.

bagi adik-adik baru tak kisah ape jua bidang yang adik pilih, haruslah sentiasa ingat;

saya nak kesana bukan nak cari ilmu duniawi je, ilmu akhirat sekali.
saya bukan nak capai cita-cita je, tapi nak jadi da'ie hebat juga.
saya nak isi masa beberapa tahun yang 'je' disana dengan korek gali ilmu dan islah diri untuk kesenangan selama-lamanya kelak nanti!


sampai sana, ucap Alhamdulillah akhirnya Allah jejakkan juga kaki di bumi Anbiya' ni.

sampai sana, biaq pi  dengan siapa pun housemate dan roomate yang dah ditetapkan untuk adik, haruslah ingat itu pengantara Allah hantar nak bagi tarbiyyah direct. 

sampai sana, jangan nak pikir nak hidup bawah tempurung macam katak kat malaysia je sebab bila dah adik timpa masalah, sape lagi nak rujuk kalu bukan depa? ha! 


Ape jua pilihan cita-cita adik dan jalan untuk adik kesana tu tak kisah, asal bila dah Allah tunjuk kasih sayangNya dengan bagi peluang ni, tunjukkan kita bersyukur dan berterima kasih!

Menetap di ceruk jalan mana pun tak kisah, asal adik harus terus hidup subur dalam persatuan. daftar dengan rumah BAKAN( Badan Kebajikan Anak Negeri) negeri masing-masing.
pun tak kisah, bersekutu atau tidak, asal adik sentiasa up to date dengan mereka. ingat, hidup berjemaah ni penting di tempat orang.

Nak sibukkan diri study siang malam to get mumtaz pun tak kisah, asal ade masa selit-menyelit dah prepare untuk majlis ilmu, usrah, islah diri dan bagai lagi.

Ramai je siswa/siswi yang study punye tekun, cemerlang akademik selari dengan akhlak dan agamanya. rahsia mereka? urus masa dengan betul =) jom sama-sama upgrade diri !

adik yang bakal menetap di hayyu sabi', cairo atau sekitar dan sewaktu dengannya bolehlah kita berkenalan dan berjiran. InsyaAllah, dengan kudrat yang ade, akan usaha bantu tolong jika perlu :)

untuk adik-adik yang kita selalu contact online, okeh nanti kita bertemu mata di sana ye.
moga Allah redha perjalanan adik. dan moga Allah tak lekang bantu kita semua di jalanNya.

Ahlan Wasahlan ke bumi mesir^^ usaha yang terbaik, pasti Allah beri yang terbaik.
selamat berangkat. doa waktu musafir tu, antara golongan mustajab. jangan lepaskan peluang 12 jam nanti !


sama-sama kita berusaha!