Sep 26, 2012

Aku hanya aku.


Bismillah,



Aku insan biasa. 

mengakui diri penuh kekurangan, penuh kelemahan. 
namun aku punya citai-cita, untuk menjadi yang berfaedah kepada sekitarnya.
kepada keluarga, sahabat, masyarakat dan negara.
aku akan berusaha, dan terus berusaha.
yosh ! 


Kalau kamu dekati aku kerana apa yang ada pada diriku, 
Kamu akan menyesal suatu hari mendapati kekurangan yang banyak pada diriku. 

Kalau kamu dekati aku kerana mengharapkan aku memberi perhatian padamu, 
Kamu akan menyesal suatu hari nanti melihat aku mengabaikanmu.

Kalau kamu dekati aku kerana rupa, harta atau kedudukan yang ada padaku, 

Kamu akan menyesal suatu hari nanti melihat semua itu semakin pudar dariku.


Aku adalah aku.
Siapa yang mendekati aku kerana mengharapkan sesuatu dariku, ketahuilah aku tidak mampu memberi suatu apapun pada kalian. Kerna apa yang aku miliki tidaklah ada pun satu yang aku miliki melainkan semuanya adalah anugerah Tuhanku.
Siapa yang mendekati aku kerana mengharapkan redha dari Tuhan, aku pasti dia akan beroleh kebahagiaan yang lebih besar. Lebih besar daripada ia perlu merasa dekat dengan aku.

Kerna aku ini bukanlah orang yang sentiasa dekat, tetapi selalu jauh dari Tuhanku. Tinggal lagi aku sedang berusaha.


Dan aku akan terus berusaha.  

cc : akhi Afdholul Rahman CA of LangitIllahi. 


mungkin aku insan biasa, namun ku berusaha untuk memberi apa yang ada.
dan sentiasa disisimu forever, even for thousands years later :)

Smiling at others, forgiving them.
Restraining the anger, spreading the greetings of peace.
Praying for those in distress, and treating them kindly.
Feeding the poor, uploading the ties of kindship.
-Youthroute


hari ni, bakal memulakan jihad. doakan aku sahabat semua! 


selit-menyelit : hari ni habiskan buku yang k4 wishlist summer holiday ni. thank you to @dijah sebab tolong belikan salah satu buku hot tahun lepas. nanti kalu ada hok baru, tolong lagi lah ye^^ 



islah nafsik, wad'u ghairak.

2 comments:

  1. nak buku .next year balik malaysia la .haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. part balik nih sangat suka^^ .sebut lah lagi banyak2 kali boleh tolong Aamiin-kan. nati buleh buku free lagi,hee.

      Delete