Jun 28, 2012

semua kan indah pada waktunya :')

Bismillah,  


********************************

"wassalam.."
ayat terakhir yang ditaip. mesej itu dihantar selepas "REPLY" ditekan..

"hmmm..."
keluh Aisya sambil membaringkan diri dihujung katil. mana taknya, lepas habis kuliah petang tadi terus berkejar ke hospital melawat sahabat coursemate yang eksiden semalam. selekoh tajam depan kuliah dah berapa kali menggugat nyawa pelajar kolej. bukannya tak pernah mengadu, namun hasilnya tetap sama.
 tiada apa-apa tindakan diambil. jejantas yang dipinta bertahun masih lagi tak berasas binaannya.
 mangsanya ; pelajar , memandangkan itu adalah jalan utama dan pelajar harus melintasi untuk masuk ke pintu utama kolej. 

teringat dia pada perbincangan usrah semalam. intipati yang membantu,Alhamdulillah.

semalam Ukhtinya, k.Hana selaku ketua naqibah membincangkan tentang hidayah Allah.

***
"betul, hidayah tu milik Allah. 
namun tidaklah bermaksud kita sebagai hamba dok menunggu je hidayah tu. setiap pemberian dari Allah mestilah ditunjuk usaha kita. 
bukan setakat usaha mereka yang kita rasa patut meminta hidayah, bahkan usaha kita sendiri yang menunjukkan mereka arah jalan untuk hidayah. sekurang-kurangya kita usaha.
 bukankah burung ababil berusaha untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s hanya menggunakan paruh kecilnya?"

"nak memimpin orang lain, mestilah diri ni terpimpin dulu. 
kita sendiri mestilah sentiasa meminta untuk diberi hidayah dan ditetapkan hati setelah menerima hidayah. pimpin diri kita tuntut segala ilmu duniawi dan ukhrawi. nak memberi tunjuk ajar orang mestilah kita bersedia untuk menunjuk ajar. 
seperti seorang cikgu yang setiap hari bersedia dengan tajuk subjek yang nak di ajar,begitulah kita. "


"yang paling penting,
jangan sombong, jangan mudah nak tunjuk kita ni mafhum dan ma'aruf segala hal, walaupun k.Nanaa tau korang memang dah superb tahu semua tu.
apa-apa hal, tenang bila berhadapan dengan mad'u.
 walaupun luaran mereka tampak ego, tapi tanpa kita ketahui mereka sedang mendengar dengan hati. 
bagi mereka masa.."

"kita berusaha, dia pun ada usaha untuk mendengar. selebihnya kita serah pada Allah pemilik hidayah.."


"tapi k.Nanaa.., annoying lah cakap dengan mereka..selalu nak mengata je lebih. lepas cakap je sedih, baik diam xpayah cakap ape-ape. kalau kita doa je boleh?"
teringat soalan ahli usrah kami dengan gaya comelnye yang mencuit hati.
Mia dulu lain, dengan usaha k.Hana atau lebih kami panggil dengan panggilan k.Nanaa , akhirnya Mia berubah dan diajak masuk usrah kami.
mula-mula nampak kekok, canggung..namun sekarang dia lah banyak membantu kami dengan soalan power-power nya diajukan pada k.Nanaa,
 almaklumlah dah banyak jalan dia lalui sebelum ni..ada je yang dia nak mintak penjelasan.

" bukankah Nabi juga di herdik bila berdakwah?
bukan setakat tu, dilempar batu dan ditawarkan harta duniawi.
ingatkah lagi cerita tentang ketika baginda s.a.w sedang sujud, dikelilingi oleh orang kafir Quraisy. 
datangnye Uqbah bin Abi Mu'it lalu dicampak najis di tengkuk baginda, tidak terangkat kepala sehingga datangnya Fatimah untuk membuang najis tuu..
cerita Nabi tetap melayan si tua yang buta meskipun dia sedang mengata Nabi s.a.w depan-depan?
namun mestilah kita ingat, bukankah bapa saudara Nabi mati dalam kekafiran meskipun berjuta kali Nabi kita ajak beliau kepada islam?


adik-adik yang k.Nanaa sayang kerana Allah,
dakwah itu wajib.
tapi dakwah itu pahit, namun dihujungya sangat manis.

selagi kita mampu, selagi kudrat masih diberi Allah, selagi itu kita perlu. 
tapi bila dah sampai line yang kita dah tak boleh..stop. 
serah pada orang lain yang lagi mampu.
Islam itu kan mudah sifatnya.. 

adakah antunna tak merasa bahagia hidup sebegini ?
mengamalkan islam dalam hidup..
berusrah top up ilmu..

berukhwwah kerana Allah..
  jadi, 

jom kita ramaikan lagi orang untuk merasa nikmatnya Islam sebelum merasa nikmatnya syurga kelak..
dari kita membiarkan mereka melalui hidup sekarang dan merasa azabnya api neraka. "
***


 teringat akan mesej yang dihantar tadi masih tak berbalas.

"mungkin dia tak perasan kot.
waktu lepas solat maghrib ni biasenye buzy buat aktiviti kendiri.."
jawabnya untuk positifkan hati.

lepas usrah semalam, Aisya nekad untuk berusaha semampu mengajak sahabat-sahabat sekolahnya yang lain ke arah cara hidup Islam sebenar.
fenomena suasana kolej hari ni sangat mencabar keimanan, dulu dia pun hampir sama tergugat. nasib baiklah dia berkenalan dengan k.Nanaa.


usrah kini kembali warnai hidupnya, seperti satu masa dulu..


amalkan selepas solat :)







islah nafsik, wad'u ghairak.
  

No comments:

Post a Comment