Jun 23, 2012

cukuplah, saya dah berpunya :)


Bismillah,



********************************

sedang hot chat dengan adik, tiba-tiba..

"kakak.."




"iyyer..? "




"kakak xse ado gewe ke ? "

(terkejut. apekah ? )

terkeluar syllabus topik ni..




"laa, bukanke awok gewe kakak.
lagi 4 ore ado kat rumah. banyak tuu..letih doh nok tambah tambah hok lain. 
ker awok nk mintok clash doh ?"


jawabku dengan harapan dia mengerti. mengerti bahawa cinta itu bukannya untuk diluar sana. cinta itu bukanlah saja-saja. cinta itu bukanlah semata-mata. cinta itu milik yang perlu sahaja !

"ishh, kakak ni.."

"ye la,. gewe hok ade kt rumah pun xhabis nok jaga.
nak gi cari hok lain wat topup dosa lagi wat gapo..zalimi diri tuh"




Cukuplah dengan Allah. itu pun dah terlaksanakah cinta dan hak aku kepadaNya ?

Cukuplah dengan Ya Habib Ya Rasulullah. itu pun dah tersuburkah cinta padanya ?

Cukuplah dengan UmmiAbah. itu pun dah menyenangi hati mereka kah aku ni? 

Cukuplah dengan lima orang gewe kt rumah. itu pun dah terlangsaikah tanggungjawab aku dengan mereka ?

Cukuplah dengan habibi adik dua orang. itu pun dah jadi kakak yang terbaik kah aku ni ?

cukup-cukuplah , aku dah bahagia begini :) .


cinta itu tanggungjawab
tanggungjawab itu amanah. 
cinta = amanah. 

 Bila bercinta, ada tanggungjawabnya.


Alhamdulillah, gurauan dari adik menyedarkan saya. betapa banyak pihak yang masih lagi saya berhutang. berhutang tanggungjawab cinta itu terlaksana. itu tak masuk list family , sahabat sohabiah dan kami-kami yang berukhwwah kerana Allah lagi..

Andai diri ini dijemput Illahi tanpa sempat untuk berbuat. pasti di akhirat kelak akan dipersoal.

'Apakah aku dah menunaikan segala tanggungjawabku dan hak-hak mereka ?'

tak sempat ? malas ? atau ambik xkisah ?

alasan duniawi semata !

Istaghfirnii Ya Ghaffuur~



cinta itu fitrah. 

cinta saya, cinta anda dan cinta mereka diluar sana. 

moga cinta kita sama-sama untuk yang perlu dan halal sahaja. dan moga Allah menyedarkan cinta dunia mereka diluar sana kepada cinta ukhrawi semata. InsyaAllah, dunia akan menyusul.
cinta kepada yang TAK PERLU , tolak ke tepi jauh jauh :p .
jangan tengok pun, pejam mata je kalau terlintas !


Dari Zaid bin Tsabit ra. beliau berkata :  Kami mendengar Rasulullah saw bersabda ,


 مَنْ كانت الدنيا هَمَّهُ فَرَّق الله عليه أمرَهُ وجَعَلَ فَقْرَهُ بين عينيه ولم يَأْتِه من الدنيا إلا ما كُتِبَ له، ومن كانت الآخرةُ نِيَّتَهُ جَمَعَ اللهُ له أَمْرَهُ وجَعَلَ غِناه في قَلْبِه وأَتَتْهُ الدنياوهِيَ راغِمَةٌ

"Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuan, Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan di hadapannya, padahal dia tidak akn mendapatkan duniawi melebihi dari apa yang ditetapkan Allah. Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan, maka Allah akn menghimpunkan urursannya, menjadikan kekayaan dalam hatinya, dan duniawi datang kepadanya dalam keadaan tidak bernilai kepadanya"




aslih nafsik, wad'uu ghairak.

No comments:

Post a Comment