Jan 29, 2012

Sinar itu..

Bismillah,


***********************

Angin petang sepoi-sepoi bertiup.sejuk menusuk ke tulang. terus minda ini flashback statement seorang kawan tengahari tadi, 
"hari ni dijangka suhu mencecah 11 celcius!.."

Oh,patutlah sejuk. 


Pandangan dari beranda ruang tamu rumah sewa kami berhadapan dengan masjid..sejuk hati melihat berpusu-pusu orang sedang masuk menandakan waktu maghrib makin hampir.beginilah suasana bumi anbiya' ini..suasana yang jarang dijumpai di bumi kelahiran sendiri. Sementara menunggu azan,sengaja aku ke luar beranda mengambil angin.ku tahu, Mai ada diluar sedang termenung. ditanganya ada senashkah Al-Quran. Mungkin nak isi masa mengaji sebelum azan,dugaku. Aku ke sisinya,matanya tertatap pada matahari terbenam. 

"tengok tu..cantiknya suasana nih"
aku memulakan.. 

sambungku dengan celoteh kaitan warna dengan waktu maghrib yang kami dapat dari tafaqquh minggu lepas. Aku menoleh, dia masih diam membisu tapi riak wajahnya ku tahu, ingin membicarakan sesuatu. 

"luahkan sahabat, aku disini. jika tak mampu ku bantu, sokongan akan ku beri"

hatiku membisik. 

 Seakan mendengar bisikanku,dia mula bersuara, 

"emm..tahu tak,macamana kita nak bertaubat?" 

Tersentakku,ligat mindaku berpusing mengaitkan soalan tadi dengan hidupnya sebelum memberi jawapan agar tak tersalah membuka pintu untuknya. Dia,sahabat yang cukup ku kenali bertahun-tahun.
Dengan lafaz bismillah,aku mula menjawab, 

"definisi taubat apa?"
dugaku.  

"meninggalkan apa yang dihentikan tanpa mengulanginya."
jawabku ringkas.

 "definisi sendiri pun dah terang-terang bagitau tanpa mengulanginya.jadi, tak bermaknalah kita bertaubat jika masih buat benda tu. walaupun kita bagitau kita dah taubat, tak buat macam dulu dah..cara dah lain. tapi matlamat tetap tak dapat menghalalkan cara."
tenangku hurai.

 "bila kita dah decide nak taubat, go ahead! sebab itu maknanya Allah menambahkan kasih sayangnya pada awak. sebelum ni dah sayang,ni sayang lebih lagi..wah, saya jealous.!"  

"eh?"
toleh dia padaku. 

"ye la,kita muhasabah itu satu nikmat dan rezeki Allah bagi tau.bukankah rezeki itu satu kurniaan buat kita happy? jalan lepas taubat kan happy..jadi,muhasabah itu satu pemberian dan itu maksudnya Allah sedang pandang awak."
huraiku.

 "oh.."
riaknya seakan sedang berfikir. 

Aku mengenalinya. Dia yang penuh membisu diluar tapi berkecamuk di dalam. 

"taubat tiada yang manis, tapi jalan selepasnya itu lebih dari manisnya madu. dekatkan diri dengan Allah. hidupkan harimu bersama Allah. tiada yang lebih manis dari terasa manisnya buat ibadah.bila hadirnya perasaan itu,cukuplah cinta Allah bagiku..tiada yang dapat menandingi."
sambungku seakan mengerti apa dihatinya..  

Kami membisu, sesaat kemudiaan azan berkumandang tanda panggilan dari Illahi..namun mata kami masih dirumah Allah itu. Seusai doa selepas azan ditadahkan, terdengar housemate memanggil teman-teman lain untuk solat berjemaah,itu lah rutin harian kami.walau masih di permulaan harap ianya menjadi kebiasaan. 

"ingat ye, pintu taubat sentiasa terbuka. dan Allah Azza Wajjala penuh dengan sifat pemaaf dan penyayang"
kata terakhirku. 

"jom solat!"
ajakku sambil langkah kanan mula hendak mengatur. 

"ana.."
dia memangilku.

Aku menoleh,matanya masih di masjid.
"emm?.." 

Dia berpaling membelakangi masjid,
"terima kasih.." 

Ku lihat,ada sinar di matanya.sinar itu..sinar air mata dan terselit sinar taubat memancar. Aku yakin,hidupnya selepas ini berubah. Alhamdulillah, hidayah itu milikNya. Alhamdulillah Ya Allah.. aku hanya tersenyum membalas. Kami beriringan ke ruang solat.. 




 TAUBAT KEPADA ALLAH SWT
Taubat yang murni ialah taubat yang terhimpun padanya lima syarat:
1.     Ikhlas kerana Allah, dengan meniatkan taubat itu kerana mengharapkan wajah Allah dan pahalanya serta selamat dari azabnya akhirat kelak.
2.     Menyesal atas perbuatan maksiat itu, dengan bersedih kerana melakukannya.
3.     Meninggalkan kemasiatan dengan segera;
  •     Jika kemaksiatan itu berkaitan dengan hak Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ia adalah perbuatan haram, maka ia meninggalkannya.
  •  Jika kemaksiatan tersebut adalah meninggalkan kewajipan,maka segera ia mengerjakannya(mengganti). 
  •   -Jika kemaksiatan itu berkaitan dengan hak makhluk, maka segera ia membebaskan diri darinya, baik dengan mengembalikannya kepada yang berhak mahupun meminta maaf kepadanya.
4.     Bertekad untuk tidak kembali kepada kemaksiatan tersebut di masa yang akan datang.
5.     Taubat tersebut dilakukan sebelum habis masa penerimaannya, baik ketika ajal datang mahupun ketika matahari terbit dari tempat tenggelamnya.






Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam kalamNya;
“Ertinya :
Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan. ‘Sesungguhnya saya bertaubat sekarang” [An-Nisa : 18]



p/s: rujukan untuk selanjutnya klik disini .dan disini untuk cara sembahyang sunat taubat.moga ada manfaat^^





2 comments:

  1. kadang2 terasa pentingkan dri sendiri waktu sy kata saya x bleh hidup tnpa korang,,krana korng bkan milik saya sorng..:')
    Tapi Allah mmg hdirkan kamu untk mnnjadi slah satu dlam hdup sy :)
    Terima kasih padaMu Ya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch! terharu :'( ..
      awk juga warnai hidup sy..
      tq Ya Allah~

      Delete