Jan 26, 2012

Alhamdulillah..


Bismillah,




Alhamdulillah hari ni masih lagi bernyawa dan bernafas menghirup udara free. pagi tadi,masih lagi berkesempatan membuka mata setelah lena semalaman. masih lagi sihat melaksanakan amal ibadat sebagai matlamat utama sebagai hamba. masih lagi diberi kesempatan apabila mendengar launan azan, terus bersegera ke masjid atau bagi perempuan solat di awal waktu. dan juga masih berpeluang tunai 2 rakaat solat sunat dhuha.. beruntungnya kita berbanding dengan hamba yang telah ditarik nikmat sihat tubuh badan pun masih giat usaha untuk beribadat.


'Maka, nikmat manakah lagi ingin kamu dustakan?'


Alhamdulillah,masih lagi sihat melakukan aktiviti kendiri tanpa bantuan..masih lagi diberi nikmat rezeki makanan bagi kelangsungan tenaga untuk seharian. masih lagi berkesempatan melazimi ativiti seharian dari seawal pagi hinggalah ke saat ini..beruntungnya kita berbanding dengan hamba yang sedang mengalami masalah dalam kehidupan.

'Maka, nikmat manakah lagi ingin kamu dustakan?'


Alhamdulillah, keluarga tersayang masih sihat. keluarga jauh masih lagi in contact.. ayah masih bertenaga mencari rezeki sebutir nasi untuk anak-anaknya. ibu masih berupaya menguruskan urusan rumahtangga..abang,kakak dan adik-adik sedang berusaha di jalan masing-masing yang telah ditetapkanNya. ..beruntungnya kita berbanding dengan hamba yang ibu ayah family nya sebahagian telah pulang ke sisi Yang Esa.Ya Allah Ya Rahman, Kau sayangilah ibu ayahku,lindungilah keluargaku..berkati dan redhailah urusan-urusan mereka. izinkanlah kami lagi sekali berkumpul sebagai satu keluarga di syurgaMu kelak..

'Maka, nikmat manakah lagi ingin kamu dustakan?'


Alhamdulillah,ukhuwwah sahabat sahabiah sekeliling masih lagi erat bertaut. jalan menuju cintaNya bersama-sama masih giat diteruskan..mehnah hidup sentiasa diatasi bersama. Ya Allah, Kau tautkanlah hati-hati kami dalam menelusuri jalanMu dan mengharap maghfirahMu. jangan Kau pisahkan hati-hati ini , beri kami kekuatan menempuh jalan dakwah ini Ya Rabbi..beruntungnya kita berbanding dengan hamba lain yang masih tercari-cari arah hidup yang hakiki.

'Maka, nikmat manakah lagi ingin kamu dustakan?' 


Alhamdulillah, kini aku di jalan berjuang menuntut ilmuMu. usah di peduli lokasi dan apa yang di sekitarnya..jenguklah betapa banyak gedung ilmu di dalamnya. Ya Allah, jangan Kau hadkan aku hanya pada ilmu duniawi..bukakanlah padaku pintu ilmu tentang ma'rifatMu. agar kan berjuang aku mencapai kejayaan demi menjadi pejuang agama dengan semangat juang yang tinggi. moga Kau berkati dan redhai segala usaha ini,.izinkanlah aku Ya Rahim!

'Maka,nikmat manakah lagi ingin kamu dustakan?'


Apalah sangat sekelumit ujian yang diberiNya, jika dibandingkan dengan nikmat bertimbun-timbun. Ya Allah, luaskan hatiku seluas ciptaan langitMu dalam meredhai setiap apa suka duka yang ditetapkan.




No comments:

Post a Comment